Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts

February 24, 2011

When We Touched The Soft Spot.



Pemergian ku ke Rumah Anak-anak Yatim Nurul Ehsan, Sungai Siput pada asalnya untuk menimba pengalaman sebanyak mungkin yang tidak pernah terjangkau oleh fikiran, walaupun aku pernah mendengar perkhabaran yang mengatakan pengalaman di sana adalah sesuatu yang amat bermakna dan sukar untuk dilupakan. Kami diminta oleh Majlis Tertinggi Rancangan Khidmat Masyarakat, USM (RKMUSM) untuk mendapatkan sekurang-kurangnya seorang anak yatim untuk dijadikan adik angkat bagi menyelami kisah dan latar belakang mereka. Bagi diriku, ini adalah satu cabaran kerana seseorang yang mempunyai masalah peribadi seperti mereka agak sukar untuk mempercayai orang luar, apatah lagi berkongsi sesuatu yang peribadi. Jadi, aku tidak meletakkan sebarang harapan untuk mendapatkan adik angkat di sana.

Rombongan RKMUSM tiba di rumah kebajikan tersebut lebih kurang selepas masuknya waktu zuhur dan sambutan yang ala kadar. Aku melihat keceriaan terpancar jelas di mata anak-anak kecil tatkala melihat kedatangan kami di sana. Mereka amat teruja apabila abang-abang dan kakak-kakak angkat mereka datang lantas memberikan pelukan erat menunjukkan tanda rindu mereka yang sekian lama dipendam. Namun begitu, aku tertarik dek kecomelan dan kelincahan seorang anak kecil yang cuba mendapatkan perhatian kami. Dia menjadi tarikan kepada semua rakan-rakan ku yang lain. Ada yang bersalaman dengannya, mencuit lengan dan ada juga yang menarik pipinya yang gebu. Aku hanya melihat dari sudut yang jauh. Adik tersebut dikenali sebagai Iman.

Selesai solat zuhur berjemaah, kami diminta untuk berkumpul di suatu tempat bagi melakukan pengisian yang seterusnya iaitu sesi pengenalan diri. Aku lihat Iman keseorangan di surau dan tidak seperti yang lain, lincah untuk ke dewan. Lantas dengan penuh kemesraan aku mengajaknya bersama ku ke dewan. “Iman penat, tak larat nak pegi..” katanya. Aku mempelawa untuk mendukung tubuh kecil itu bagi membantunya bergerak ke dewan. Dengan hati yang terbuka, dia menyambut tangan ku dan memeluk dengan erat bagai pertama kali didukung. Aku senyum simpul melihat reaksinya yang positif.

Pada sebelah petangnya, kami diberi tugasan untuk mendapatkan adik-adik angkat dan cuba memperoleh maklumat tentang diri mereka. Tidak ada yang lain di hati kecil ku melainkan Iman yang masih lagi duduk bersama ku. Aku mendukungnya ke sungai di mana rakan-rakan ku yang lain membuat aktiviti bersama adik-adik mereka. Aku terkejut apabila melihat dirinya yang sebenarnya mempunyai kekurangan dari segi fizikal. Dia dikatakan berusia 8 tahun, tetapi mempunyai tubuh seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 4 tahun kerana dia menghadapi masalah dengan pembentukan tulang. Aku dinasihatkan agar memegangnya dengan berhati-hati kerana tulang lembutnya agak sensitif. Selain itu, Iman tidak mempunyai tulang tengah di bahagian hidung yang membuatkan aku lebih sayu tatkala memerhatikannya. Terdapat juga parut-parut kekal di kepala, tangan, kaki dan beberapa tempat yang lain. Ini telah membuatkan diriku semakin terpanggil untuk menyelami tentang insan kerdil yang berada di samping ku ini.

Kami duduk di suatu agak jauh daripada yang lain. Di situ, aku mula menyentuh hal-hal peribadi Iman. Tetapi Iman masih tidak mahu memberikan apa-apa respons dan menyebabkan aku mula kelu. Dia kelihatan runsing dan kerap memberikan jelingan yang tajam setiap kali aku menyoal hal-hal berkenaan keluarganya. Aku tidak mahu memaksa, dia masih kecil dan sangat rapuh pertahanan emosinya. Aku menukar corak pendekatan terhadapnya dan bertanya tentang hobi, makanan kesukaannya, permainan yang digemarinya dan di selang seli dengan ayat-ayat yang lucu bagi menarik perhatiannya. Bibit-bibit kemesraan mula ditonjolkan oleh Iman. Dia memberikan respons yang baik dan semakin mesra dengan ku.

“Iman duduk sini baru 8 hari, Ibu yang hantar Iman dekat sini. Ibu tak suka Iman. Ibu tak sayangkan Iman lagi.” Katanya dengan nada yang sayu. Dia telah mula membuka cerita peribadinya kepada ku. Walaupun aku terkasima dengan kata-katanya, aku cuba mengawal perasaannya agar dia tidak berhenti meluahkan perasaan kepada ku. Untuk diringkaskan cerita ini, aku telah berjaya mencungkil sebahagian besar hal-hal peribadinya pada petang itu.

Nama diberi, Muhd Iman bin Zulfakar. Dia dilahirkan di Kuala Lumpur tetapi dibesarkan oleh keluarga angkat di Tambun, Ipoh. Iman tinggal bersama dengan dengan Emak (keluarga angkatnya) sedari kecil sehinggalah saat dia dibawa oleh ibu kandungnya untuk tinggal di rumah kebajikan tersebut. Aku berasa sangat hiba mendengar keluhan dan luahan hatinya sehinggakan aku menitiskan air mata jantan yang sangat jarang mengalir. Dia terlalu mentah untuk mengharungi onak dan duri dalam kehidupan ini, tapi dia kental dalam meneruskan kehidupannya yang aku rasa kurang bernasib baik.

Sepanjang aku di sana, Iman tidak pernah lepas daripada pandangan ku. Dia sentiasa di sisi ku kerana dia sangat memerlukan aku dalam tempoh dua hari satu malam rombongan kami di sana. Kami mandi bersama, akan bersama, bermain bersama, tidur bersama malah aku lah yang memakaikan pakaian dan menyisir rapi rambutnya. Aku sangat mengasihi insan kerdil tersebut. Tatkala selesai berdoa selepas solat berjemaah, aku memberikannya ciuman di dahi Iman tanda kasih ku kepadanya. Namun begitu, lawatan kami terlalu singkat. Terlalu banyak yang perlu disingkap dan terlalu banyak yang perlu dikongsi bersamanya. Aku telah meninggalkan nombor telefon dan alamat ku padanya dengan harapan dia akan menghubungi ku di saat dia memerlukan sokongan. Aku juga telah berjanji akan menghubunginya dan akan datang pada 2hb Dec 2010.

Pengalaman pendek di Rumah Anak-anak Yatim Nurul Ehsan telah banyak membuka lembaran baru dalam hidup ku. Aku semakin menyukai kanak-kanak dan menghargai insan-insan sepertinya. Lawatan tersebut juga talah menambahkan perasaan syukur ku kepada yang Maha Esa serta sentiasa menghargai kehidupan yang selesa setiap saat aku terjaga. Syukur Alhamdulillah. Tuhan ku yang maha Agung limpahkan lah rahmat mu kepada insan yang bernama Muhd Iman bin Zulfakar. Sesungguhnya hanya engkau sahaja yang Maha Mengetahui betapa kasihnya aku terhadap insan tersebut.



Menggamit Memori Manis Bersama Adik Iman. We Love you.

May 10, 2009

Tuhan sedang memerhatikan segalanya di Perak



V. Sivakumar ( Speaker dewan Perak )

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kawan-kawan yang memberi semangat kepada saya. Dorangan dan petunjuk daripada daripada kalian semua amat saya hargai sepanjang hayat saya.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada ADUN-ADUN Perak yang berjuang bersama-sama saya dalam mempertahankan sistem demokrasi di negeri yang tercinta. Saya cukup bangga dengan semangat dan keberanian mereka dalam menghadapi situasi yang genting pada 7 Mei 2009. Syabas dan taniah!

Puak-puak yang merancang konspirasi untuk merampas kuasa speaker secara fizikal harus berasa malu. Kekasaran telah digunakan dalam strategi rampasan kuasa yang berlaku pada kali yang kedua di Perak.

Mula-mula kuasa eksekutif dirampas kemudian kuasa legislatif juga dirampas. Pihak ini akan mendapat balasan yang sewajarnya.

Saya percaya yang benar akan tetap menang tidak lama lagi. Tuhan memerhatikan segala-galanya yang sedang berlaku di bumi Perak ini. Yang bersalah akan tetap dihakimi dalam Mahkamah Tuhan. Yang zalim akan tetap akan menghadapi padahnya.

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua yang bersama-sama dengan kami. HIDUP RAKYAT!

Hidup Mengkianati Rakyat Adalah Serupa Mati
Mati Membela Rakyat Adalah Serupa Hidup


YB.V.Sivakumar

April 8, 2009

Selamat Bersemadi.


Kemenangan Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin bagi kerusi Parlimen P059 Bukit Gantang dengan majoriti yang meningkat hampir sekali ganda daripada PRU12 yg lepas menunjukkan rakyat telah muak dan cuak dengan politik Umno!

Terbukti, rakyat menolak permohonan mereka bertiga apabila BN kalah di Bukit Gantang dengan majoriti yang sangat besar iaitu 2,789 undi. Kini apa yang akan dibuat oleh Najib dan Zambry khasnya selepas rakyat menolak permohonan mereka.

Perjuangan Umno/BN yang kerapkali bertukar arah dan bersifat adhoc keputusannya akan menjadi semakin tidak relevan pada rakyat Malaysia. Umno akan terpupus dengan sendirinya. Sementara itu peranan Nizar akan bertambah dan karier politiknya akan bertambah cerah.

Kemenangan Nizar cetuskan inspirasi baru kepada Pas dan Pakatan Rakyat. Ia juga ukuran bahawa rakyat mempercayai ketelusan dan keikhlasan perjuangan Nizar dan Pas.

April 3, 2009

Jentera Pilihan Raya P.059


Undi Itu Rahsia.

Bukit Gantang - P. 059 akan menyaksikan perlawanan 3 penjuru dan perwalkilan drpd Pakatan Rakyat meletakkan Datuk Seri Nizar, bekas Menteri Besar Perak yang dipaksa meletakkan jawatan dengan cara yang amat memalukan sebagai calon untuk bertanding. Kini tinggal beberapa hari sahaja lg, pilihan raya kecil yang sengit ini akan berlansung.

Daerah yang hampir dengan tempat saya bermastautin ini kini sedang berperang poster, bendera dan dipenuhi dgn FRU waima polis yang kerap kali melakukan road block. dan secara jujurnya, sesetengah persatuan yang berkepentingan di daerah ini sedang bertungkus lumus melindungi kawasan kempen ini drpd jentera kempen Pakatan Rakyat. apa puncanya? takut kalah lah. padahal, persatuan ini dibayar untuk melakukan perkara² keji demi menjaga periuk nasi pihak tertentu.

Tahukah anda, sejak penamaan calon bg kawasan Bukit Gantang, pelbagai bentuk medium digunakan oleh BN dalam berkempen? contoh terbaik, SMS! serius sy ingin katakan ahli keluarga saya menerima sekurang-kurangnya 3 kiriman sms sehari yang berbunyi ;

  • Jika anda mengundi Nizar, anda menyokong pengkhianat bangsa.
  • Jika anda mengundi Nizar, anda menyokong penderhaka Sultan.
  • Jika anda mengundi Nizar, anda menyokong DAP dlm memerintah Perak.
Apa semua ini? medium SMS digunakan dengan no yang digunakan bukanlah drpd rangkaian telekomunikasi awam. Bayangkan kalau pihak pembangkang yg buat cara neh? WOW. mesti dh lama dh masuk kes balai. tp...... lu pikir lah sendri bai!


Statistik Pilihan raya kecil Bukit Gantang.

Berasaskan analisis di Bukit Gantang, terdapat kira-kira 45 peratus undi Melayu dan 20 peratus undi bukan Melayu.

Berasaskan modus/bahan/modal kempen, BN akan kehilangan undi bukan Melayu. Hampir 40 peratus pengundi berketurunan Cina dan India di Bukit Gantang akan mengundi Pas. Isu perkauman yang disuarakan Umno/BN akan memakan diri.


Ramai yang meletakkan 80 peratus dari kira-kira 22,000 pengundi Cina dan India di Bukit Gantang ini akan mengundi PAS pada PRK ini. Ertinya 8,783 orang daripada mereka akan mengundi PAS. Ini bermakna, 14,000 (undi untuk Dr Lo’ Lo’ 2004) + 8,783 undi Cina dan India akan diperolehi calon PAS atau 22,783 undi.

Berasaskan inilah, ramai menganggarkan Pas akan menambahkan majoritinya dalam pilihan raya Bukit Gantang ini daripada 1,566 kepada kira-kira 5,000 undi.


Badan bebas, Ilham Centre yang membuat soalselidik juga mendapati 40 peratus penduduk Bukit Gantang yakin PAS akan memenangi PRK ini. Hanya 25 peratus memihak BN, baki 34 peratus pula tidak pasti. Insyaallah, Bukit Gantang akan kembali dimiliki oleh PAS.

February 14, 2009

Sejarah berulang - Derhaka?

Bapa Tajol Rosli .. Ghazali Jawi derhaka pada Sultan Idris Shah.

Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat bukan tergila-gilakan jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh taktikal itu, tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja. Maka, penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara hendaklah digunakan pakai.

Namun sejarah tidak dapat ditutupi. Cebisan sejarah lama juga boleh dijadikan panduan dan relevan kerana ia telah berlaku di Perak.. Pada 1974, Menteri Besar Perak ketika itu, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaitu bapa Mohd Tajol Rosli telah menderhaka pada Sultan Idris Shah yang tidak berkenan dengan perlantikan Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua.Ghazali enggan melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan kemurkaan Sultan Idris Shah. Tiada apa dapat dilakukan .

Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, ialah Presiden UMNO.”

Gara-gara keengganan Ghazali (foto) itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar tidak akan mencukur janggut dan jambangnya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB. Untuk beberapa ketika Sultan Idris tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjambang sebagai menzahirkan kemurkaan baginda sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar.Ghazali meletakan jawatan menjadi MB Perak hanya setelah dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu (Tun) Hussein Onn pada 1977.

Cuplikan kisah ini dipetik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin, hasil tulisan penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idris Shah, sdr Mokhtar Petah dan disedut dari blog beliau.

February 12, 2009

Kerusi Parlimen Bukit Gantang.

Pilihanraya Mac 2008

Pemergian awarahyarham Roslan Shaharum ke rahmatullah akan menyaksikan pelihanraya kecil di P59 yang dahulunya dimenangi oleh PAS dengan undi majoriti 1566 undi. Pada pendapat aku, secara peribadinya bekas MB perak, Datuk Seri Nizar perlu bertanding semula di parlimen berkenaan bagi memastikan Pakatan Rakyat terus memerintah negeri Perak seperti mana sebelumnya.

Datuk Seri Nizar berkata, mengikut satu tinjauan, didapati 96 peratus rakyat Perak mahu Pakatan terus memerintah negeri itu. Manakala SMS yang diterimanya pula menyokong beliau untuk terus memegang jawatan menteri besar.

Provokasi media massa yang menghaburkan ketidakwajaran pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak adalah taktik kotor bagi menanam sifat takut dalam setiap agenda yang dibawa oleh PR.Namun kesannya hanya lah kepada segelintir rakyat yang tidak PEKA terhadap perkembangan dan sentiasa bergantung kepada tv sahaja.

Aku menyeru kepada semua belia, bukak lah mara korang yang tidak lama lagi akan menjadi salah seorang pemimpin tanah air di masa akan datang agar sentiasa peka dengan keganjilan arena politik sekarang. UMNO suda lebih 50 tahun memerintah dan masih tegar untuk menyatakan pendirian mereka walaupun ketandusan idea dan dipenuhi politik wang.

jom turun Bkt Gantang,
ian.

February 11, 2009

Politik Perak dan bakal penghuni ISA.

Assalamualaikum Malaysia.

Keghairahan politik Perak tiba di kemuncak kekotoran. Jujurnya, aku dh mula berasa muak dgn mainan BN yang semakin hari semakin buruk dan menyimpang jauh daripada amalan demokrasi yang digembar gemburkan adalah pegangan utama. ceh, rampas kuasa MB setelah isu lompat parti diHANGATkn. teruk. lagi sakit hati bila tgk je tb, xde penah benda baik dituturkn mengenai PK. peranan media massa semakin kabur dgn haburan-haburan provokasi BN utk menakut-nakutkn rakyat. ini diselitkan "Hang Hebat" ,ditujukan khas utk bekas MB Perak Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin.

Hang Hebat

Dulu masa bertanding, hang tak dijangka pun akan jadi MB...
Setelah PR menang, hang dilantik jadi MB, hang tak gelabah.
Hang terima dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Hebat

Dah jadi MB, langit tak selalu cerah.
Kadang-kadang jadi biru gelap.
Satu persatu serangan bom dilontarkan.
Kata tanah dibahagi tak adil, boneka la.
Hang tak gelabah, hang hadapi dengan tenang.
Hang jalankan tugas dengan penuh dedikasi.
Dituduh, dicerca golongan yang mencerca, hang rileks. Hebat

Tiba-tiba di tendang keluar, hang tak senyap.
Hang tegas pendirian, menghadapi sepakan demi sepakan sebab hang yakin hang benar.
Dibuang daripada pejabat, dihalang masuk ofis.
Hang masih bertahan. Hebat

Lepas ni kalau hang kena masuk ISA, hang bertahan lagi ke?
Semasa berkerja, hang kerja secara berjemaah,
kalau kena tahan, hang yang meringkuk dalam penjara sorang-sorang.
Hang okay ka?
Kalau hang okay, memang hang hebat.

ian akan mengundi 3 tahun lagi.