Bapa Tajol Rosli .. Ghazali Jawi derhaka pada Sultan Idris Shah.
Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat bukan tergila-gilakan jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh taktikal itu, tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja. Maka, penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara hendaklah digunakan pakai.
Namun sejarah tidak dapat ditutupi. Cebisan sejarah lama juga boleh dijadikan panduan dan relevan kerana ia telah berlaku di Perak.. Pada 1974, Menteri Besar Perak ketika itu, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaitu bapa Mohd Tajol Rosli telah menderhaka pada Sultan Idris Shah yang tidak berkenan dengan perlantikan Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua.Ghazali enggan melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan kemurkaan Sultan Idris Shah. Tiada apa dapat dilakukan .
Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, ialah Presiden UMNO.”

Cuplikan kisah ini dipetik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin, hasil tulisan penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idris Shah, sdr Mokhtar Petah dan disedut dari blog beliau.
2 comments:
urm..
memang tak patut zambri-BN jadi mb
coz mengikun undang2, seseorang mb hanye boleh ditukar sekirenye mb itu sendiri meletak jawatan, atau ade undi tidak percaye dari ahli dewan undangan negeri atau melalui pilihanraye
huhu
tau xpa. bgus bgus
bdk bdk law kne tau benda neh.
ada 3 sebab bekas MB Nizar ckp yg dy maseh MB yg sah ;
(i) Tidak terdapat pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak;
(ii) Tidak terdapat usul tidak percaya diambil dan diterima pakai oleh Dewan Undangan Negeri terhadapnya sebagai menteri besar Perak; dan
(iii) Tidak terdapat peletakan jawatan menteri besar Perak.
mmg rasional lah dy tegakkn hak dy.
semua org pun akn bertindak mcm tu
Post a Comment