April 3, 2009

Jentera Pilihan Raya P.059


Undi Itu Rahsia.

Bukit Gantang - P. 059 akan menyaksikan perlawanan 3 penjuru dan perwalkilan drpd Pakatan Rakyat meletakkan Datuk Seri Nizar, bekas Menteri Besar Perak yang dipaksa meletakkan jawatan dengan cara yang amat memalukan sebagai calon untuk bertanding. Kini tinggal beberapa hari sahaja lg, pilihan raya kecil yang sengit ini akan berlansung.

Daerah yang hampir dengan tempat saya bermastautin ini kini sedang berperang poster, bendera dan dipenuhi dgn FRU waima polis yang kerap kali melakukan road block. dan secara jujurnya, sesetengah persatuan yang berkepentingan di daerah ini sedang bertungkus lumus melindungi kawasan kempen ini drpd jentera kempen Pakatan Rakyat. apa puncanya? takut kalah lah. padahal, persatuan ini dibayar untuk melakukan perkara² keji demi menjaga periuk nasi pihak tertentu.

Tahukah anda, sejak penamaan calon bg kawasan Bukit Gantang, pelbagai bentuk medium digunakan oleh BN dalam berkempen? contoh terbaik, SMS! serius sy ingin katakan ahli keluarga saya menerima sekurang-kurangnya 3 kiriman sms sehari yang berbunyi ;

  • Jika anda mengundi Nizar, anda menyokong pengkhianat bangsa.
  • Jika anda mengundi Nizar, anda menyokong penderhaka Sultan.
  • Jika anda mengundi Nizar, anda menyokong DAP dlm memerintah Perak.
Apa semua ini? medium SMS digunakan dengan no yang digunakan bukanlah drpd rangkaian telekomunikasi awam. Bayangkan kalau pihak pembangkang yg buat cara neh? WOW. mesti dh lama dh masuk kes balai. tp...... lu pikir lah sendri bai!


Statistik Pilihan raya kecil Bukit Gantang.

Berasaskan analisis di Bukit Gantang, terdapat kira-kira 45 peratus undi Melayu dan 20 peratus undi bukan Melayu.

Berasaskan modus/bahan/modal kempen, BN akan kehilangan undi bukan Melayu. Hampir 40 peratus pengundi berketurunan Cina dan India di Bukit Gantang akan mengundi Pas. Isu perkauman yang disuarakan Umno/BN akan memakan diri.


Ramai yang meletakkan 80 peratus dari kira-kira 22,000 pengundi Cina dan India di Bukit Gantang ini akan mengundi PAS pada PRK ini. Ertinya 8,783 orang daripada mereka akan mengundi PAS. Ini bermakna, 14,000 (undi untuk Dr Lo’ Lo’ 2004) + 8,783 undi Cina dan India akan diperolehi calon PAS atau 22,783 undi.

Berasaskan inilah, ramai menganggarkan Pas akan menambahkan majoritinya dalam pilihan raya Bukit Gantang ini daripada 1,566 kepada kira-kira 5,000 undi.


Badan bebas, Ilham Centre yang membuat soalselidik juga mendapati 40 peratus penduduk Bukit Gantang yakin PAS akan memenangi PRK ini. Hanya 25 peratus memihak BN, baki 34 peratus pula tidak pasti. Insyaallah, Bukit Gantang akan kembali dimiliki oleh PAS.

3 comments:

Anonymous said...

persatuan ini dibayar untuk melakukan perkara² keji demi menjaga periuk nasi pihak tertentu.
APA BUKTI STATEMENT KAU NI?

Bayangkan kalau pihak pembangkang yg buat cara neh? WOW. mesti dh lama dh masuk kes balai. tp...... lu pikir lah sendri bai!
KALAU LU PANDAI UNDANG2,BUAT MCM MANA PUN MESTI BOLEH FAILKAN KES.TP SESETENGAH ORG CUMA PERCAYA POLIS BILA RUMAH MASUK PENCURI.

lastly,
ahli keluarga saya menerima sekurang-kurangnya 3 kiriman sms sehari
SIAPA YG INTERESTED NAK TAHU SIAPA MSG FAMILY KAU?
hahaha,kau ni lawak,tahu?


ps:
best baca blog kau.buat gelak gelak dgn family.what an immatured piece of writing.
c:
one more thing,ramainya peminat pas yg baca blog kau!

ian-xyme said...

APA BUKTI STATEMENT KAU NI?

/// - cukup menjawab soalan kau.

"KALAU LU PANDAI UNDANG2,BUAT MCM MANA PUN MESTI BOLEH FAILKAN KES.TP SESETENGAH ORG CUMA PERCAYA POLIS BILA RUMAH MASUK PENCURI."

eyh saudara/saudari, hanya KAU dan FAMILY kau yg gelak gelak DIPAGI HARI tu pecayakan polis. bukak kes? fail kes? semua org boleh. xpyh nk ajar! tp nk dibicarakan dgn adil, KAU boleh jamin? weyh, KES MAMALI tuh pun x settle lagi. dh puluhan tahun. nk tunggu UMNO disumpah seranah rakyat baru settle?

kalau kau pandai undang undang? bukan kau sorg. dan xperlu nk belagak disini.

ps: immature piece of writing? who do u think u are? chicken! show me your blog if u dare.

dan sekurang kurangnya, KAU baca wahai ORG UMNO LAHANAT

Syu and Dyra. said...

ramai ouhhh.my whole family pon baca post ni.dan blog ni.exclude i lahh.sbb tak tahu berpolitik.hikhik *jujor