Oh PPSMI bermula tahun 2003. anda pun tahu kan? Saya antara golongan yang pertama pada tahun 2003 bersama ribuan lagi mangsa kajian penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek matematik dan sains. tapi, itu tidak menjadi masalah bagi saya dan pelajar-pelajar yang berada di sekolah berasrama penuh kerana pendedahan yang kami semua perolah telah dirangka dengan baik. tapi, bagaimana dengan pelajar-pelajar luar bandar? rural area. bukan mahu mengatakan mereka kurang mahir dalam berbahasa Inggeris, tapi kurangnya pendedahan awal.
Keadaan ini pada mulanya tidaklah membimbangkan kerana kita digembar-gemburkan oleh media massa dan Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri bahawa keputusan PMR pada 2005 menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Betulkah? mungkin ianya merupakan propaganda agar PPSMI diteruskan sebagai tanda pemerimaan positif segenap pelusuk Malaysia.
Saya tidak menolak bahawa penggunaan bahasa Inggeris sebagai medium utama dalam pembelajaran membawa banyak kebaikan. memang benar, tapi secara menyeluruhkah? atau mungkin seperti anak kera disusukan, anak sendiri mati kelaparan? daripada pembacaan saya dalam satu petikan akhbar, seorang intelek terkenal Malaysia mengatakan jangan menjadikan penggunaan bahasa Inggeris sebagai satu masalah, tetapi jadikan lah ianya pemangkin untuk berubah.
Jika anda bijak berkata-kata, memperdebatkan soal pengguna bahasa Inggeris dikalangan pelajar Melayu diluar bandar, apa kata anda sendiri turun ke sana dan mengajar sahaja sains atau matematik dalam bahasa Inggeris. Jangan terasa malu, bila anak-anak murid anda berkata,"cikgu, cakap bahasa Melayu lah.. saya tak faham". Pengalaman saya sebagai bekas guru sementara menjawab soalan ini. saya ditempatkan disalah sebuah sekolah rendah diutara Perak sekitar pertengahan 2008, dan dipertanggungjawabkan untuk mengajar sains untuk pelajar darjah 1,3 dan 5. saya tahu kelemahan mereka, dan secara jujurnya saya tidak dapat menjalankan penggunaan bahasa Inggeris secara berkesan dalam pengajaran saya. saya cuba dwi-bahasa bagi memudahkan mereka, agar mereka tidak ketinggalan. saya berharap para pendidik yang lain berbuat demikian demi kepentingan anak bangsa.
Kesimpulannya, ANDA PERLU TURUN SENDIRI MELIHAT PERMASALAHAN INI SECARA TELITI dan betapa wajarnya PPSMI ini digubal semula. selamatkan sebahagian besar teras negara yang semakin ditelan arus kesan PPSMI. Disini, penggubalan adalah perlu, dan kerajaan perlu memikirkan cara terbaik bagi anak-anak Malaysia berada dalam lingkungan pembelajaran yang berkesan daripada setiap sudut.

ian, ex-educator.
6 comments:
totally agree! bayangkan budak2 pedalaman yg mmg susa nk blaja. ade yg bhs melayu dorg pun teruk ni kn plak bhs inggeris kn? mcm mane generasi baru yg berasal dr pedalaman especially sabah and sarawak nk maju kalau mcm ni. kesian dorg. result mst low je. kerajaan sepatutnye atasi bende ni dulu.
aku ade kawan
budak kelantan
aku tau die boleh score paper bio,physchs,ngan chemist tu tapi maybe cos subject tu dalam bi..so..result die tak berape ok..
betul ke ko pernah jadi cikgu??
huhu
dear fyka ; yeah. i sendiri tgk anak anak melayu terkandas sbb medium pengajaran dlm bhsa Inggeris.
kerajaan patut turun buat kajian setiap sekolah. bukannya sekar buat ujian dianostik yg xbyk membantu tu!
dear adi ; ye. saya pernah.
PPSMI perlu dikaji semula. byk faktor doh
salam abu..
ingat tak fadlilah budak batch kite..
sangat lemah dalam bahasa inggeris..
tapi knape maths,addmaths,physics,chem and bio bleh a1?
aku rase ni takde kaitan dengan apa2 politik ke ape.
tapi ape yang aku nak ketengahkan usaha seseorang itu yang nak berjaya.
belajar dalam bahasa apa-apa tak jadi isu.azam dan kecekalan seseorang dalam menimba ilmu patut dijadikan persoalan.orang melayu disinonimkan dengan malas berusaha.dan aku nak buktikan kita ni sebaliknya. jadi aku rasa kita tak sepatutnya jadikan apa2 sebagai alasan atau penghalang untuk kita berjaya.ini hanya pendapat aku sahaja sahabat ku.
aku pong kronik dalam subject ni.
tapi english aku burst gile2..
ape puncanya ek?
Post a Comment