March 10, 2009

Keranda 152

Anak Melayu
Panas dadamu membakar baju
Kita arak keranda 152
Ke tanah perkuburannya Parlimen

Sepuluh tanah nafas ini terhenti
Hari ini jangan lagi menyanyi

Sebentar lagi malam akan tiba
Tiap pintu dan jendela sudah dijaga
Bayang-bayang tidak bisa lewat jalan raya

Anak Melayu
Namamu telah diseru
Jawablah
Sebelum lidahmu jadi bisu

(Keranda 152, oleh Usman Awang)



Perkara 152 (1) di dalam Perlembagaan memperuntukkan bahawa Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan diperuntukkan melalui undang-undang bahawa tiada siapa boleh dilarang atau dihalang menggunakan (selain bagi maksud rasmi) atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain. Perkara 152 (6) pula memperuntukkan bahawa perkara-perkara pendidikan negara, mata pelajaran utama dalam kurikulum kebangsaan yang diuruskan oleh Kementerian Pelajaran adalah bagi maksud rasmi. Demikianlah Perkara 152 yang telah datuk-datuk kita usung di dalam keranda empat puluh dua tahun dahulu. Setelah disempurnakan pengebumiannya oleh Maharaja Maha pada tahun 2003, kini ada usaha untuk membangunkan semula 152 dari kuburnya. Mereka yakin, 152 belum wafat sepenuhnya.


No comments: