Showing posts with label Bahasa Melayu. Show all posts
Showing posts with label Bahasa Melayu. Show all posts

March 10, 2009

Keranda 152

Anak Melayu
Panas dadamu membakar baju
Kita arak keranda 152
Ke tanah perkuburannya Parlimen

Sepuluh tanah nafas ini terhenti
Hari ini jangan lagi menyanyi

Sebentar lagi malam akan tiba
Tiap pintu dan jendela sudah dijaga
Bayang-bayang tidak bisa lewat jalan raya

Anak Melayu
Namamu telah diseru
Jawablah
Sebelum lidahmu jadi bisu

(Keranda 152, oleh Usman Awang)



Perkara 152 (1) di dalam Perlembagaan memperuntukkan bahawa Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan diperuntukkan melalui undang-undang bahawa tiada siapa boleh dilarang atau dihalang menggunakan (selain bagi maksud rasmi) atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain. Perkara 152 (6) pula memperuntukkan bahawa perkara-perkara pendidikan negara, mata pelajaran utama dalam kurikulum kebangsaan yang diuruskan oleh Kementerian Pelajaran adalah bagi maksud rasmi. Demikianlah Perkara 152 yang telah datuk-datuk kita usung di dalam keranda empat puluh dua tahun dahulu. Setelah disempurnakan pengebumiannya oleh Maharaja Maha pada tahun 2003, kini ada usaha untuk membangunkan semula 152 dari kuburnya. Mereka yakin, 152 belum wafat sepenuhnya.


March 8, 2009

PPSMI dan alasan mereka.


‘Kita semua ada lah hamba kepada sistem pendidikan yang dipolitikan dan dikomersilkan’ itulah terjemahan komen seorang rakan saya dari Australia. Saya sangat bersetuju dengan beliau bila dikaitkan dengan PPSMI, kerana ;

1. Di politikan;

Benarkah ia berjaya? Ia berjaya bila semua keputusan peperiksaan awam di ‘tailor cut’. Keputusan peperiksaan jika diterjemahkan dalam bentuk graf normal, ia jadi abnormal, bila bilangan mendapat ‘A’ terlalu ramai timbul soalan, ia ke? Cerdik sungguh ke budak-budak sekarang? Budak tak cerdik yang cerdiknya ahli-ahli politik. Kurikulum sentiasa diubah supaya mudah. Kalau tak percaya buat perbandingan Sukatan Pelajaran 5, 10, 15 , 20 tahun yang lalu dan kini. Apa tujuannya?

2. Dikomesilkan;

Lihat keputusan peperiksaan awal 2000 bilangan murid cemerlang terlalu ramai, ia ke murid-murid tu cemerlang? rupa-rupanya tanpa kita sedari bilangan yang IPTS yang diluluskan sangat banyak. Kemana anak-anak kita pergi jika IPTA tidak cukup menampung, IPTS le! mana lagi, kerana keputusan peperiksaan anak-anak ‘cemerlang’ ibu-bapa bergolok bergadai menghantar anak ke IPTS yang tumbuh macam cendawan.

3.PPSMI ada lah lembu betina yang susunya senang diperah;

a. Makmal komputer yang harga asal mencapai RM200000 sebuah bila sampai ke tangan sub hanya tinggal RM80000. (Patutlah roboh)
b. Membekal komputer ke sekolah agak-agaknya berapa juta pembekal untung dengan software yang tidak sesuai kerana tidak dibuat oleh guru-guru.
c. Peralatan Sains yang dibekal oleh siapa pun pihak sekolah tak tahu, kerana bila ada kerosakan nombor telefon yang diberi pembekal adalah kedai Plastik di Pudu (tuan punya kedai terperanjat bila menjawab telefon) Sekolah dipaksa membeli, walau pun salah dari peraturan kewangan.

Soalannya; PPSMI ni baik untuk siapa?

ultra

March 7, 2009

PPSMI dan alasan peribadi.


Oh PPSMI bermula tahun 2003. anda pun tahu kan? Saya antara golongan yang pertama pada tahun 2003 bersama ribuan lagi mangsa kajian penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek matematik dan sains. tapi, itu tidak menjadi masalah bagi saya dan pelajar-pelajar yang berada di sekolah berasrama penuh kerana pendedahan yang kami semua perolah telah dirangka dengan baik. tapi, bagaimana dengan pelajar-pelajar luar bandar? rural area. bukan mahu mengatakan mereka kurang mahir dalam berbahasa Inggeris, tapi kurangnya pendedahan awal.

Keadaan ini pada mulanya tidaklah membimbangkan kerana kita digembar-gemburkan oleh media massa dan Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri bahawa keputusan PMR pada 2005 menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Betulkah? mungkin ianya merupakan propaganda agar PPSMI diteruskan sebagai tanda pemerimaan positif segenap pelusuk Malaysia.

Saya tidak menolak bahawa penggunaan bahasa Inggeris sebagai medium utama dalam pembelajaran membawa banyak kebaikan. memang benar, tapi secara menyeluruhkah? atau mungkin seperti anak kera disusukan, anak sendiri mati kelaparan? daripada pembacaan saya dalam satu petikan akhbar, seorang intelek terkenal Malaysia mengatakan jangan menjadikan penggunaan bahasa Inggeris sebagai satu masalah, tetapi jadikan lah ianya pemangkin untuk berubah.

Jika anda bijak berkata-kata, memperdebatkan soal pengguna bahasa Inggeris dikalangan pelajar Melayu diluar bandar, apa kata anda sendiri turun ke sana dan mengajar sahaja sains atau matematik dalam bahasa Inggeris. Jangan terasa malu, bila anak-anak murid anda berkata,"cikgu, cakap bahasa Melayu lah.. saya tak faham". Pengalaman saya sebagai bekas guru sementara menjawab soalan ini. saya ditempatkan disalah sebuah sekolah rendah diutara Perak sekitar pertengahan 2008, dan dipertanggungjawabkan untuk mengajar sains untuk pelajar darjah 1,3 dan 5. saya tahu kelemahan mereka, dan secara jujurnya saya tidak dapat menjalankan penggunaan bahasa Inggeris secara berkesan dalam pengajaran saya. saya cuba dwi-bahasa bagi memudahkan mereka, agar mereka tidak ketinggalan. saya berharap para pendidik yang lain berbuat demikian demi kepentingan anak bangsa.

Kesimpulannya, ANDA PERLU TURUN SENDIRI MELIHAT PERMASALAHAN INI SECARA TELITI dan betapa wajarnya PPSMI ini digubal semula. selamatkan sebahagian besar teras negara yang semakin ditelan arus kesan PPSMI. Disini, penggubalan adalah perlu, dan kerajaan perlu memikirkan cara terbaik bagi anak-anak Malaysia berada dalam lingkungan pembelajaran yang berkesan daripada setiap sudut.



ian, ex-educator.