Antara subjek terpenting yang pernah ditanya oleh pendidik saya, - Apakah maksud ketuanan Melayu yang pada marcapada ini sering dijadikan isu? isu sensitif. Hasil pembacaan saya, petikan artikal ini adalah antara yang bertepatan dengan makna ketuanan Melayu yang ditulis oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketuanan Melayu.
Tidak sesiapa yang harus menyangkal asas pembentukan negara persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan. Namun setelah lima dekad Merdeka, terdapat hujahan dangkal dengan meniupkan slogan ketuanan kaum. Justeru itu kita wajar memberikan nafas baru kepada semangat Perlembagaan yang melakarkan dengan cermat kuasa rakyat.
Ketuanan rakyat yang kita maksudkan adalah demokrasi yang matang di bawah naungan raja beperlembagaan. Demokrasi yang matang adalah demokrasi dimana rakyatnya perkasa, jiwanya merdeka, akalnya pintar, tindakannya dipandu oleh prinsip moral dan idealisme. Demokrasi inilah yang kita perjuangkan. Pohon demokrasi ini akan kita suburkan dengan pembinaan institusi-institusi masyarakat madani, media yang bebas serta bertanggjung jawab dan perlaksanaan undang-udang dengan seadilnya.
Rakyat yang merdeka jiwanya, tinggi akal budinya sentiasa mahukan keadilan untuk semua. Orang Melayu, Cina, India, Iban, orang Ulu mahu mahu membina Malaysia yang boleh mereka banggakan.
Tidak ada rakyat Malaysia yang sebegitu rendah akal budinya yang mahukan keluhuran perlembagaan dinodai dan kedaulatan undang-undang dicabul oleh gerombolan perasuah dan perompak harta rakyat.
Justeru itu kita mahukan demokrasi yang matang, dan, manakala terdapat kebuntuan dan krisis berlarutan seperti yang berlaku di Perak, kewajarannya ialah untuk kembali kepada rakyat.
DSAI.
No comments:
Post a Comment