Selamat tinggal tahun dua ribu lapan. sebuah kenangan yang sukar utk dilupakan sebagai remaja yg berusia lapan belas tahun. tahun depan berganjak lah usia kamu, ke angka yang lebih matang, sembilan belas tahun. tahun dua ribu lapan menyaksikan pelbagai episod yg amat kusam hinggalah ke suatu tahap dimana cahaya muda mula bangkit daripada zon-zon gelap yang diharapkan akan terus menerangi hari-hari mendatang.
Azam tahun dua ribu lapan hanyalah sebuah bohongan luar biasa yang penuh dengan taburan janji-janji kosong. bohong besar. walaupun begitu, diharapkan azam tahun dua ribu sembilan tidak lagi dimungkiri sepertimana yang berlaku pada tahun dua ribu lapan. Insyaallah.
Namun, apa yang harus setiap pada bahagian tubuh ini perlu bersyukur ialah tidak terdapat sebarang kecelakaan yang timbul sepanjang sesi dua ribu lapan memainkan cereka lekanya. Alhamdulillah. didoakan pada tahun dua ribu sembilan, situasi ini masih sinonim dan dijauhi daripada sebarang kesialan-kesialan yang perlu dikesalkan.
Sebelum tahun dua ribu lapan melabuhkan tirai agung, tubuh ini ingin mengucapkan salam kegembiraan kepada segalaksi taulan dan sahabat. kepada segelintir saudara di sana, ucapan takziah didahulukan. teruskan perjalanan anda dihari-hari mendatang.
Dikesempatan pembukaan halaman baru tahun dua ribu sembilan, tubuh ini dengan berbesar hati mengucapkan Selamat Hari Lahir ke-49 kepada ayahanda tercinta. semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan kekal menjadi ayahanda terbaik. kami seantero keluarga amat menyayangi kamu.
Goodbye 2008
ian
ian
5 comments:
selamat tinggal 2008 :(
u wrote well(:
selamat pagi 2009 :)
selamat datang 2009.
nad ; ye selamat lah kaw ke poli utk sem petama nnt :)
Post a Comment