Showing posts with label band. Show all posts
Showing posts with label band. Show all posts

December 21, 2008

Rock The World 8 - Lambakan Mainstream?

Rock the World, ialah salah satu event music yang mempunyai motif iaitu untuk mengetengahkan musik yang belum dikenali ramai ke arah yg lebih positif. RTW merupakan platform terbaik pada suatu masa dahulu dimana ramai band-band baru dapat diketengahkan seperti OAG, ROB, GSC dll. Melangkah tahun demi tahun, sejak tahun 2000 RTW sudah mempunyai pengikutnya tersendiri.kecuali pada tahun. 2007 RTW tidak dapat dilangsung atas beberapa masalah pengajuran.

RTW 7 merupakan event terbaik yg pernah saya lihat dimana terdapat 3 pentas utama bagi mengetengahkan bakat-bakat musik. Pentas satu (main stage) menampilkan Jason Lo, Tempered Mental, GSC, Pop Shuvit, The ACAB, LMB, ROB, Kluk Kluk Advanture dll lagi. Di pentas indie (indie stage) band-band seperti y2k, Estanged, Muck, Auburn, dan lain-lain. band yang paling ditunggu-tunggu pada stage ini ialah Sil Khannaz. Discovery stage mempamerkan musik-musik yg semakin diterima ramai seperti TWKUA, Rosewood, Steeltoe Solution , dll lagi.

Ini yang berlaku pada RTW 7. Namun, pada pendapat saya, kenapa tidak RTW 8 mempunyai gaya yg sama seperti RTW 7? mslh penaja atau ingin melambakkan band-band mainstream yg sudah pasti dikenali ramai? mungkin dgn membawa band-band ini, mereka akan mengaut keuntungan berlipat kali ganda atas alasan " oh, mereka sudah mempunyai peminat tetap."

Kehadiaran band-band mainstream bukan lah satu masalah , tp ruangan ini sepatutnya dikongsi bersama dengan cabang pemusik baru yg ingin mendapat tempat dihati peminat musik di Malaysia. jika pilih bulu, sampai bila pun industri semakin jatuh. - mungkin ini isu basi, tp kewajarannya untuk dilihat dan dikaji adalah PERLU.

Semoga penganjuran pada tahun-tahun akan datang akan mengambil berat mempunyai beberapa elemen penting yg dilupakan pada edisi RTW 8. sekian.

suara hati, ian.

December 13, 2008

Holiday Gig

gegar! seriously, it was awesome. eyemore play real tight and credit to melastik anjing. ahaha. their performance makes me headbang kaw².